PETUA NENEK

CARA MERANGUPKAN PISANG GORENG
1. Panaskan minyak untuk menggoreng pisang.
2. Setelah minyak panas, masukkan dua sudu minyak tersebut ke dalam tepung untuk
menggoreng pisang.
PETUA MELEMBUTKAN DAGING
1.Semasa merebus daging,masukkan pucuk daun betik.
2.Rebus sehingga empuk.
PETUA MENGILATKAN BARANG KEMAS
1.Rendamkan barang-barang kemas ke dalam air asam jawa semalaman.
2.Keesokannya,bilas barang-barang kemas tersebut dengan air biasa.
PETUA MENYEMBUHKAN BATUK YANG BERTERUSAN
1.Ambil nasi segenggam dan masukkan ke dalam secawan air.
2.Kemudian,embunkan bahan tadi semalaman.
3.Keesokannya,bolehlah diminum air tersebut.

No comments:
Post a Comment