Saturday, December 5, 2009
RESEPI BONDA
BISKUT TOPI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan marjerin/butter
2 1/2 cawan gula halus/aising
4 cawan tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 butir telur kuning
Esen oren
1/2 cawan badam kisar
BAHAN UNTUK AISING:
Gula aising 1/2 cawan
Sedikit putih telur
Air limau nipis
Esen vanilla
Pewarna (ikut suka)
CARA-CARA:
1. Pukul mentega dan gula.
2. Masukkan telur,esen,badam,tepung jagung dan tepung gandum sedikit-sedikit.
3. Terap bulat besar dan kecik. Bentukkan seperti topi.
4. Bakar.
5. Selepas itu, bahan-bahan untuk membuat aising diputarkan hingga sebati. Kemudian,
bentukkan menjadi bunga ros.
6. Hiaskan diatas biskut yang telah siap dibakar.
RESEPI OLEH:
KOLEKSI PUAN NORHIMAH
RESEPI 2
BISKUT JEJARI MANIS
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus atau aising
1 buku butter (250g)
1 cawan tepung susu nespray
BAHAN-BAHAN UNTUK DITABUR DIATAS BISKUT:
Black currant atau kismis
Badam (cincang halus atau tumbuk)
Ceri hijau dan merah
Compleks (diramas halus)
p/s:Jumlah bahan bahan diatas mengikut cita rasa masing-masing.
CARA-CARA:
1. Pukul gula dan butter.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung susu nespray.
3. Uli hingga menjadi doh.
4. Terap atas loyang setebal setengah inci.
5. Potong tetapi tidak putus. (lebar dan panjang mengikut cita rasa masing-masing)
6. Sapu kuning telur diatas adunan.
7. Tabur buah-buahan diatasnya. (bahan-bahan tabur)
8. Bakar.
9. Keluarkan dan potong sehingga putus.
RESEPI OLEH:
KOLEKSI PUAN NORHIMAH
RESEPI 3
BISKUT KACANG COKLAT
BAHAN-BAHAN:
1. 125 gm mentega
2. 250 gm gula perang
3.185 gm tepung gandum
4.35 gm serbuk koko
5.90 gm kacang cincang
6.90 gm coklat cip
CARA-CARA:
1.Gaul rata mentega dan gula perang
2.Gaul bahan lain dan uli sehingga sebati
3.Ambil sedikit-sedikitdan masukkan ke dalam mangkuk kertas
4.Bakar sehingga masak
RESEPI OLEH:
KOLEKSI PUAN NORHIMAH
RESEPI 4
AYAM PANGGANG BUMBU ROJAK
BAHAN-BAHAN:
1.2 ekor peha ayam dara
2.4 helai daun limau purut
3.400 ml santan pekat
4.50 mlminyak masak
5.50 gm gula
6.Garam secukup rasa
BAHAN BUMBU:
1.10 tangkai cili merah
2.5 ulas bawang putih
3.8 ulas bawang merah
4.5 biji buah keras
5.semua bahan diatas hendaklah dikisar
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak,kemudian tumis bahan yang dikisar tadi.
2.Apabila warnanya kekuningan,bolehlah masukkan ayam dara tadi beserta santan dan daun limau purut.
3.Apabila ayam agak masak,bolehlah diangkat dan di panggang di atas api yg sederhana atau di dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.
4.Selepas itu bolehlah dihidangkan.
RESEPI OLEH:
KOLEKSI PUAN NORHIMAH
RESEPI 5
AYAM PERCIK LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1.1 ekor ayam(dipotong 4 bahagian)
2.2 cawan santan(1 biji kelapa)
3.1 batang serai(diketuk)
4.3 keping asam keping
5.Garam secukup rasa
BAHAN -BAHAN LAIN YANG PERLU DIKISAR:
1.2 sudu besar lada hitam
2.5 biji cili api
3.5 ulas bawang merah
4.2 ulas bawang putih
5.5 cm halia
6.2 cm lengkuas
7.2 cm kunyit
8.3 batang serai
CARA-CARA:
1.Bersihkan ayam.
2.Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan biarkan mendidih.
3.Keluarkan ayam dan masukkan ke dalam loyang.
4.Bakar menggunakan pemanggang di atas dapur.
5.Masakkan kuah yg berlebihan hingga menjadi pekat.
6.apabila ayam sudah garing,bolehlah dihidangkan bersama kuahnya.
RESEPI OLEH:
KOLEKSI PUAN NORHIMAH
RESEPI 6
AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN:
1.500 gm ayam
2.3 sudu besar sos tiram
3.1/2 cawan air dan 1 sudu kecil tepung jagung(dibancuh)
4.1 sudu kecil serbuk lada hitam.
5.1 pokok daun bawang.
6.1 biji buah tomato(dipotong 4).
7.2 sudu besar minyak masak.
8.garam secukup rasa.
BAHAN-BAHAN YG PERLU DIHIRIS:
1.5 cm halia.
2.3 ulas bawang merah.
3.3 ulas bawang putih.
4.3 biji cili merah.
CARA-CARA:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dihiris hingga layu.
2.Masukkan ayam dan kacau rata.Kemudian masukkan sedikit air.
3.Masakkan ayam hinnga lembut.
4.Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram.Biarkan hingga pekat.
5.Masukkan tomato dan daun bawang kemudian kacau rata.
6.Sedia dihidangkan.
TIPS>>penggunaan halia dalam masakan ayam menjadikan rasa ayam bertambah enak dan tidak hanyir...
RESEPI OLEH:
KOLEKSI PUAN NORHIMAH
RESEPI 7
BAMIA KAMBING
BAHAN-BAHAN:
1.500 gm daging kambing.
2.300 gm bendi.
3.3 cawan santan(1/2 biji kelapa).
4.3 sudu besar sos tomato.
5.2 biji tomato(dipotong 4).
6.3 tangkai daun kari.
7.2 sudu besar minyak masak.
8.garam secukup rasa.
BAHAN-BAHAN YG PERLU DIKISAR:
1.3 sudu besar rempah kari daging.
2.2 sudu besar serbuk badam.
3.3 ulas bawang merah.
4.2 ulas bawang putih.
5.3 cm halia.
CARA-CARA:
1.Gaulkan bahan yg dikisar dgn daging.
2.Panaskan minyak dan gorengkan bendi hingga masak.Angkat dan ketepikan.
3.Masukkan daging yg sudah diperap dan kacau rata.
4.Masukkan santan dan masak hingga daging lembut dan kuah pekat.
5.Masukkan tomato dan bendi.
6.sedia dihidangkan.
TIPS>>Buah tomato memiliki kandungan gizi,vitamin dan mineral yg sangat baik diambil setiap hari...
RESEPI OLEH:
KOLEKSI PUAN NORHIMAH
RESEPI 8
KAMBING GORENG CILI API
BAHAN-BAHAN:
1.500 gm daging kambing.
2.1 sudu kecil serbuk kunyit.
3.3 sudu besar minyak masak.
4.1 cawan air.
5.2 biji tomato(dipotong 4).
6.1 pokok daun bawang(dihiris).
7.3 tangkai cili merah(dihiris).
8.10 tangkai cili api(dihiris).
9.1 labu bawang besar(dihiris).
10.Garam secukup rasa.
BAHAN YG PERLU DIKISAR:
1.3 ulas bawang merah.
2.3 ulas bawang putih.
3.3 cm halia.
CARA-CARA:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dikisar hingga wangi.
2.Masukkan cili api dan daging kambing yg sudah digaul dgn serbuk kunyit.Kemudian kacau rata.
3.Masukkan air dan garam,masakkan hingga daging lembut.
4.Masukkan bawang besar,merah,daun bawang dan tomato.
5.Kacau rata dan dihidangkan.
TIPS>>Daging kambing yg paling baik adalah daging kambing jantan yg berumur 1 hingga 2 tahun...
RESEPI OLEH:
KOLEKSI PUAN NORHIMAH
RESEPI 9
MASAK LEMAK SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
1.1 batang lobak merah kecil.
2.5 batang kacang panjang.
3.3 ulas bawang merah(dihiris).
4.1 biji cili merah(dihiris).
5.1 cawan air.
6.2 cawan santan pekat(1/2 biji kelapa).
7.1 sudu besar udang kering.
8.Garam secukup rasa.
CARA-CARA:
1.Semua sayur dipotong mengikut kesesuaian masakan.Basuh dan toskan.
2.Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
3.Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak(naik minyak).
4.Apabila mendidih,tutup api dan hidangkan.
TIPS>>Kubis kaya dgn kalsium ,fosforus,zat besi,sodium,potassium dan vitamin A,B kompleks dan C yg dapat meredakan masalah pada bahagian perut dan hati...
RESEPI OLEH:
KOLEKSI PUAN NORHIMAH
RESEPI 10
MASAK LEMAK LABU
BAHAN-BAHAN:
1.500 gm labu kuning(dibuang biji dan dipotong kecil)
2.2 cawan santan pekat(1/2 biji kelapa)
3.1 cawan air
4.1 labu bawang besar(dihiris)
5.2 biji cili merah(dihiris)
6.2 sudu besar udang kering
7.Garam secukup rasa
CARA-CARA:
1.Masukkan semua bahan kecuali santan dan daun kunyit ke dalam periuk.Rebuskan hingga labu lembut.
2.Apabila sudah mendidih,masukkan santan dan daun kunyit.
3.Masakkan hingga mendidih sekali lagi.
4.Apabila sudah mendidih,tutup api dan hidangkan.
TIPS>>Labu kuning kaya dgn vitamin A bagi mengubati atau menghindari masalah kulit,sakit mata,rabun terutama pada waktu malam,ketidakseimbangan gula dlm darah,jangkitan penyakit,bengkak pada bahagian sendi dan masalah paru-paru...
RESEPI OLEH:
KOLEKSI PUAN NORHIMAH
RESEPI 11
DAGING GORENG PATTAYA
BAHAN-BAHAN:
1.500 gm daging(dihiris nipis)
2.1 labu bawang besar dihiris nipis
3.4 helai daun limau purut
4.Daun ketumbar(dipotong pendek)
5.2 batang serai dititik
6.5 helai daun limau purut
7.1 biji limau nipis
8.1 biji tomato(dipotong dadu)
9.2 sudu besar minyak masak
BAHAN UNTUK DITUMBUK:
1.3 biji cili merah
2.10 biji cili api
3.3 ulas bawang merah
4.3 ilas bawang putih
CARA-CARA:
1.Panaskan minyak dan tumiskan serai,cili padi dan cili merah hingga wangi.
2.Masukkan daging,tomato,daun limau purut,serai dan bawang besar.
3.Kacau rata dan tutup api.
4.Perahkan limau,taburkan daun ketumbar dan hidangkan.
TIPS>>Cili dan daun limau purut,bawang merah dan perahan limau nipis dapat menguatkan fungsi hati dan mengawal kolestrol...
RESEPI OLEH:
KOLEKSI PUAN NORHIMAH
RESEPI 12
DAGING MASAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
1.500 gm daging
2.5 sudu besar sos tomato
3.5 sudu besar sos cili
4.1 sudu kecil kunyit sebuk
5.2 sudu besar minyak masak
6.Garam secukup rasa
BAHAN UTK DIHIRIS:
1.1 labu bawang besar
2.3 ulas bawang putih
3.3 cm halia
4.2 biji cili merah
5.2 biji cili hijau
CARA-CARA:
1.Perapkan daging dgn sedikit garam dan kunyit sebentar.
2.Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng hingga lembut.
3.Masukkan sos tomato dan sos cili.
4.Masukkan pula bahan yg dihiris.Kacau dan gaul sebati.
5.Angkat dan hidangkan.
TIPS>>Bawang putih mengandungi banyak vitamin dan bahan galian yg penting utk kesihatan,terutamanya vitamin C,zat besi dan potassium...
RESEPI OLEH:
KOLEKSI PUAN NORHIMAH
RESEPI 13
IKAN BAKAR TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
1.1 ekor ikan siakap(bersih dan kelarkan)
2.2 sudu besar pes tomyam
3.5 helai daun limau purut
4.1 sudu besar jus limau nipis atau limau kasturi
5.1 biji tomato(dipotong 6)
6.Aluminium foil
BAHAN UTK DIKISAR:
1.2 biji cili merah
2.5 biji cili api
3.3 tangkai serai
4.3 ulas bawang merah
5.2 ulas bawang putih
CARA-CARA:
1.Gaulkan semua bahan yg dikisar dan letakkan dlm aluminium foil(Jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin)
2.Letakkan ikan dan daun limau purut.Kemudian bungkus kemas.
3.Bakar di dlm kuali di atas dapur selama 30 minit.
4.Perahkan limau semasa menghidang.
TIPS>>Makanan yg tidak di masak dgn suhu yg cukup tinggi boleh menyebabkan keracunan makanan kerana bakteria tidak dapat dibunuh...
RESEPI OLEH:
KOLEKSI PUAN NORHIMAH
RESEPI 14
IKAN PERCIK
BAHAN-BAHAN:
1.1 ekor ikan bawal
2.2 cawan santan pekat(1/2 biji kelapa)
3.1/2 cawan air asam jawa
4.1 sudu kecil gula
5.1 sudu kecil halba
6.Garam secukup rasa
BAHAN UTK DIKISAR:
1.10 tangkai cili kering
2.4 biji bawang putih
3.3 cm halia
4.3 batang serai
CARA-CARA:
1.Lumurkan sedikit garam dan kunyit pada ikan.
2.Masakkan semua bahan kecuali ikan hingga naik minyak dan pekat.
3.Bakar ikan sambil sapukan kuah yg sudah pekat tadi.
4.Hidang dan hiaskan dengan salad ataupun timun.
TIPS>>Air kelapa juga berkesan bagi mengubati demam campak,demam kuning dan demam panas...
RESEPI OLEH:
KOLEKSI PUAN NORHIMAH
PETUA NENEK

CARA MERANGUPKAN PISANG GORENG
1. Panaskan minyak untuk menggoreng pisang.
2. Setelah minyak panas, masukkan dua sudu minyak tersebut ke dalam tepung untuk
menggoreng pisang.
PETUA MELEMBUTKAN DAGING
1.Semasa merebus daging,masukkan pucuk daun betik.
2.Rebus sehingga empuk.
PETUA MENGILATKAN BARANG KEMAS
1.Rendamkan barang-barang kemas ke dalam air asam jawa semalaman.
2.Keesokannya,bilas barang-barang kemas tersebut dengan air biasa.
PETUA MENYEMBUHKAN BATUK YANG BERTERUSAN
1.Ambil nasi segenggam dan masukkan ke dalam secawan air.
2.Kemudian,embunkan bahan tadi semalaman.
3.Keesokannya,bolehlah diminum air tersebut.
Friday, December 4, 2009
BULAN | TARIKH | AKTIVITI | TINDAKAN |
JANUARI | 8.1.2010 | MESYUARAT AJK PUSPANITA | PENGERUSI/SETIAUSAHA |
15.1.2010 | MAJLIS RAMAH MESRA | BIRO PENDIDIKAN | |
FEBRUARI | - | PROGRAM ANGGUN SOLEHAH | BIRO PENDIDIKAN DAN KEBUDAYAAN |
MAC | 2-3.3.2010 | KURSUS SHARING AND CARING | BIRO EKONOMI |
APRIL | 11.4.2010 | MINGGU KASIH SAYANG PUSPANITA (LAWATAN KE HOSPITAL MERSING) | PENGERUSI/SETIAUSAHA |
MEI | -SAMBUTAN HARI WANITA -LAWATAN KE CHIANG MAI & CHIANG RAI | BIRO KEBUDAYAAN | |
SAMBUTAN HARI IBU | BIRO KEBUDAYAAN | ||
JUN | 30.6.2010 | SEPETANG BERSAMA PUSPANITA DAN MAJLIS PERSARAAN AJK PUSPANITA | PENGERUSI/SETIAUSAHA |
JULAI | 16.7.2010 | MESYUARAT AJK PUSPANITA | PENGERUSI/SETIAUSAHA |
OGOS | SEPANJANG BULAN RAMADHAN | TADARUS AL-QURAN | BIRO AGAMA |
19.8.2010 | SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM | BIRO PENDIDIKAN DAN AGAMA | |
SEPTEMBER | 23.9.2010 | SAMBUTAN HARI RAYA | PENGERUSI/SETIAUSAHA |
24-25.9.2010 | MAJLIS MARHABAN BERSAMA AJK PUSPANITA | BIRO AGAMA | |
OKTOBER | 18.10.2010 | LAWATAN KE NILAI | SETIAUSAHA |
NOVEMBER | 21.11.2010 | MESYURAT AJK PUSPANITA | PENGERUSI/SETIAUSAHA |
DISEMBER | 29.12.2010 | JAMUAN AKHIR TAHUN | PENGERUSI/SETIAUSAHA |
- Mesyuarat akan dijalankan dari masa ke semasa mengikut keperluan aktiviti.
- Tarikh tertakluk kepada pindaan.
| BULAN | TARIKH | AKTIVITI | TINDAKAN |
| MAC | 30.3.2009 | SEMINAR KELUARGA CEMERLANG SEMPENA BULAN DAKWAH | BIRO AGAMA |
| APRIL | 3.4.2009 | MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL | BIRO AGAMA |
| | 18.4.2009 | MESYUARAT AJK PUSPANITA | PENGERUSI/SETIAUSAHA |
| MEI | 20.5.2009 | LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI PELAJARAN KE SEKOLAH-SEKOLAH PULAU | PENGERUSI/SETIAUSAHA |
| JUN | 20.6.2009 | PERTANDINGAN TENPIN BOWLING DI MUAR | BIRO SUKAN |
| SEPTEMBER | 18.9.2009 | MAJLIS TADARUS AL-QURAN | BIRO AGAMA |
| OKTOBER | | MAJLIS IHYA RAMADHAN DAN KHATAM AL-QURAN | BIRO AGAMA |
| | 9.10.2009 | MESYUARAT AJK PUSPANITA | PENGERUSI/SETIAUSAHA |
| | 23.10.2009 | MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA | PENGERUSI/SETIAUSAHA |
| NOVEMBER | 14.11.2009 | SEMINAR PENDIDIKAN BAGI GURU DAN KAKITANGAN WANITA | PENGERUSI/SETIAUSAHA |
| DISEMBER | 5.12.2009 29.12.2009 | PROGRAM NUR SINAR JAMUAN AKHIR TAHUN | SETIAUSAHA PENGERUSI/SETIAUSAHA |
- Mesyuarat akan dijalankan dari masa ke semasa megikut keperluan aktiviti.
- Tarikh tertakluk kepada pindaan.
